PETA LAMAN   :   PAUTAN    B.MELAYU    ENGLISH

concept-image

Kenyataan Akhbar Jabatan Keselamatan Jalan Raya Bersama Media Jkjr Bersama Rakan Kongsi Perhebat Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya

KENYATAAN AKHBAR
JABATAN KESELAMATAN JALAN RAYA BERSAMA MEDIA

JKJR BERSAMA RAKAN KONGSI PERHEBAT
KEMPEN ADVOKASI KESELAMATAN JALAN RAYA

8 MEI 2009

Jabatan Keselamatan Jalan Raya(JKJR) bersama rakan kongsi kini terus memperhebatkan kempen advokasi keselamatan jalan raya dalam usaha mempromosikan dan meningkatkan kesedaran serta kefahaman orang ramai terhadap isu-isu keselamatan jalan raya.

Kempen advokasi yang berlangsung pada hari ini, di Jalan Putra, Kuala Lumpur yang diketuai oleh Datuk Suret Singh, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Malaysia dijayakan bersama oleh JPJ, PDRM, LPKP, MIROS, JKR, LLM, SIRIM, AAM, BESRAYA, DOSH, PERKESO, RSMC, PROTON, PERODUA, HONDA dan AUTO TOUCH.

Program Perkongsian Pintar JKJR Bersama Persatuan Motosikal (MMSDA) dan Pengedar-Pengedar Motosikal

Sehingga kini sebanyak 1018 pengedar/penjual/bengkel motosikal telah pun dilatih oleh para pegawai JKJR peringkat negeri di seluruh negara dalam usaha mempromosikan isu-isu keselamatan jalan raya di permis-permis jualan melalui pengedaran poster-poster pelbagai bahasa dan panduan-panduan keselamatan sebagai pendedahan dan pendidikan awal kepada golongan penunggang dan pembonceng motosikal.

Kempen Advokasi Keselamatan Jalan Raya dan Program Inisiatif Pejalan kaki

Pelaksanaan kempen advokasi pada hari ini juga turut menekankan tentang cara melintas jalan dengan betul dan pastikan ditempat yang betul dan selamat. Walaupun kategori pejalan kaki adalah yang terendah terlibat didalam kemalangan jalan raya di Malaysia, golongan ini tidak seharusnya dilupakan.Terdapat tujuh cara yang disarankan bagi menjaga keselamatan pejalan kaki iaitu :-

  1. Pimpin tangan anak anda semasa melintas
  2. Gunakan kemudahan lintasan pejalan kaki
  3. Berjalan menghadap arah kenderaan
  4. Gunakan cara melintas dengan selamat
  5. berikan perhatian sepenuhnya
  6. Pakai pakaian yang cerah terutamanya pada waktu malam dan
  7. Menggunakan lorong pejalan kaki. Jika tiada lorong pejalan kaki, gunakan bahu jalan dan pastikan jarak yang selamat.

Jumlah kematian jalan raya yang melibatkan pejalan kaki antara tahun 2007 dan 2008 adalah sebanyak -38%, iaitu 636 berbanding 598 pada tahun 2008. Perbandingan antara Januari-Mac 2008 dan Januari-Mac 2009 turut merekodkan penurunan sebanyak 19.8% iaitu 150 berbanding 187 pada tahun sebelumnya.

Sumber : Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Malaysia.


Arkib Kenyataan Akhbar