
KENYATAAN AKHBAR
MENTERI PENGANGKUTAN
MAJLIS PERASMIAN
KEMPEN TOPI KELEDAR KANAK-KANAK
NEGERI SELANGOR
2 MEI 2009
Program ini adalah anjuran bersama Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kelab Marshal Keselamatan Jalan Raya (RSMC) dan Resorts World Berhad selaku penaja utama bagi Kempen Topi Kanak-Kanak Negeri Selangor, di bawah agenda Inisiatif Topi Keledar Kebangsaan untuk menggalakkan pemakaian topi keledar kanak-kanak dan dewasa yang menepati piawaian SIRIM serta kegunaannya dengan betul.
Pelaksanaan program ini juga mendapat kerjasama dan sokongan Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor, Majlis Keselamatan Jalan Raya Selangor, Jabatan Pelajaran Negeri, PDRM, JPJ dan khasnya SK. Taman Muda, Ampang serta semua pihak yang telah menyumbang dalam pelaksanaan Kempen Topi Keledar Kanak-Kanak peringkat negeri Selangor ini.
Program ini melibatkan 500 pelajar sekolah rendah bagi kawasan Ampang, dengan misi bagi mewujudkan amalan dan budaya pemakaian topi keledar motosikal khususnya di kalangan pelajar sekolah yang mombonceng motosikal ke sekolah.
Objektif utama pelaksanaan program pada hari ini ialah :
Pelaksanaan dan fokus utama program ini adalah meliputi 5 langkah utama di bawah SAFE PRACTICE yang perlu dilalui oleh para peserta bagi mendedahkan mereka kepada amalan-amalan penting keselamatan jalan raya dalam kehidupan seharian yang merangkumi:
Melalui program ini pihak Kerajaan berharap tahap kesedaran dan kefahaman bagi golongan penunggang dan pembonceng motosikal terutamanya di kalangan pelajar sekolah terhadap kepentingan topi keledar sebagai satu-satunya alat yang boleh melindungi bahagian kepala akan meningkat.
Kempen pada hari ini amat penting, bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah dari rebungnya", iaitu usaha memberi pendidikan dan pendedahan awal kepada para pelajar sekolah rendah amat penting dalam usaha melahirkan generasi baru yang sentiasa mengutamakan dan menjadikan aspek keselamatan jalan raya sebagai budaya serta amalan dalam kehidupan seharian.
Oleh itu, adalah sangat penting bagi setiap penunggang dan pembonceng motosikal memakai topi keledar yang menepati piawaian SIRIM dan kegunaannya dengan betul untuk setiap perjalanan jauh atau dekat bagi mengurangkan risiko kecederaan dan kematian jika terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Usaha pihak Kerajaan dalam mengurangkan kadar kemalangan dalam negara kita, memerlukan penglibatan dan penyertaan serta sokongan semua lapisan masyarakat terutamanya para majikan, pemimpin masyarakat, ahli politik, pemimpin agama, para pendidik, badan professional, sektor swasta dan NGO serta orang ramai bagi mencapai matlamat bagi mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya.
Semoga melalui program Kempen Topi Keledar Kanak-Kanak ini, matlamat yang ditetapkan di bawah Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006 - 2010 bagi pengurangan kepada 50% kadar kematian akibat kemalangan akan tercapai.
Sumber : Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Malaysia.