
PROGRAM IKHTIAR HIDUP PENUNGGANG MOTOSIKAL - RIDER SURVIVAL PROGRAM Jabatan
Keselamatan Jalan Raya, Malaysia, Kelab
Marshal Keselamatan Jalan Raya (RSMC) dan PERKESO kini terus giat melaksanakan
program keselamatan bagi golongan penunggang motosikal baru. Langkah ini amat
penting ke arah meningkatkan dan menyedarkan orang ramai berhubung maklumat
penting berkaitan isu-isu keselamatan jalan raya. Program
ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada golongan penunggang motosikal
tentang peranan yang perlu dimainkan oleh mereka semasa menunggang di jalan
raya yang sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya apabila
penunggang masih boleh mengawal motosikal yang ditunggang ketika itu. Di
samping itu, ia juga bertujuan untuk mengurangkan risiko kecederaan parah dan
kemalangan maut bagi meningkatkan kualiti keselamatan di jalan raya. Sasaran
JKJR ialah supaya program ini disokong oleh sektor korporat, badan bukan
kerajaan (NGO) dan Kelab Penunggang Motosikal (Rider Clubs) di seluruh negara.
Di samping itu, Persatuan Institut Memandu (PRIMA) akan juga menyokong program
ini di mana 120 ahli akan menyertai program Rider Survival ini yang mensasarkan
pemilik baru lesen “L”. Sepanjang
program ini, terdapat beberapa aktiviti yang dilakukan seperti S Track, Bumpy
Track, Curve Bump Track, Breaking Skill Track dan sebagainya yang bertujuan
untk mengasah kemahiran dan kecekapan penunggang di jalan raya. DI samping itu,
aktiviti-aktiviti lain seperti cara pemakaian topi keledar dengan betul, kemudahan
pertanyaan saman yang tertunggak, bantuan kecemasan CPR, Kad Promosi Data
Kecemasan dan sebagainya juga turut diadakan. Program
ini akan diperluaskan di di peringkat semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
Oleh yang demikian, sokongan padu daripada Kelab Penunggang Motosikal, RSMC,
badan bukan kerajaan dan sektor korporat dari setiap negeri amat diperlukan
bagi merealisasikan matlamat program ini. Turut
menyertai dan menjayakan program pada hari ini adalah daripada pihak JPJ,
PRIMA, PDRM, MIROS, SOCSO, dan RSMC. 20 Disember 2009 Jabatan
Keselamatan Jalan Raya, Malaysia