logo text en

Other Languages

aren

Log in

Program Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia Tahun 2017 di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu.

Untuk program kali ini, 20 orang pelajar daripada SMK Tanjong Mas dan SMK Panji bersama 5 orang guru pengiring dibawa melawat mangsa kemalangan jalan raya yang mendapat rawatan di HRPZII.

Antara pengisian program adalah taklimat keselamatan jalan raya oleh Pengarah JKJR Negeri Kelantan, taklimat daripada wakil Polis Diraja Malaysia mengenai perundangan yang berkaitan apabila berlakunya kemalangan jalan raya dan taklimat daripada pegawai perubatan HRPZII mengenai kecederaan dan rawatan bagi mangsa kemalangan jalan raya.

Pelajar seterusnya dibawa melawat mangsa kemalangan jalan raya di Wad Cempaka di mana mereka dapat melihat sendiri kesan kemalangan jalan raya kepada mangsa. Pelajar diberi penerangan mendalam mengenai kecederaan dan rawatan yang perlu diterima oleh pesakit selain turut berpeluang berinteraksi dengan mangsa dan keluarga mangsa. Timbalan Pengarah (Perubatan) HRPZII, YBrs.Dr. Mohd. Azman Bin Yacob, turut mengiringi pelajar melawat ke wad.

Gimik pelancaran dijalankan dengan mengadakan 'helmet crasher' dan dirasmikan oleh Pengarah HRPZII, YBhg. Datin Dr. Hjh. Selasawati bt. Hj. Ghazali diiringi Pengarah JKJR Negeri Kelantan YBrs. Cik Faridatul Nadya binti Mohamed Yusoff.

23621438 917004938448282 9075804595880689006 n23658461 917004651781644 6869220638882564341 n23658523 917005618448214 7069078777430257348 n23659186 917005371781572 2302288621793958663 n23722716 917005145114928 4212396705890396827 n23916008 918395844975858 1616181317488740579 n 800x533

Hot Topic