logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

Laman Utama

Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan Sempena Musim Perayaan Tahun Cina 2016 telah diadakan pada 29 januari 2016 di Terminal Bersepadu Selatan yang bertemakan "Berhati-hati dalam Perjalanan, Selamat ke Destinasi".

Program Penguatkuasaan yang akan dilaksanaka semasa musim perayaan ini adalah seperti berikut:
  • Ops Selamat Ke-8 PDRM, 1 hingga 16 Februari 2016 dengan tema "Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi"
  • Ops Bersepadu JPJ, 1 hingga 16 Februari 2016 dengan bekerjasama bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
  • Larangan ke atas kenderaan barangan oleh JPJ dan PDRM pada 6 dan 7 Februari 2016 serta 10 dan Februari 2016


Program Pencegahan dan Pemantauan yang dilaksanakan:
  • Pemberhentian Kerja Penyelenggaraan dan Pembinaan Dalam Rizab Jalan oleh JKR
  • Penurunan Had Laju 10 KM/J oleh Kementerian Kerja Raya bagi Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri yang dikuatkuasankan mulai 1 hingga 16 februari 2016


Program Penilaian

Kajian penilaian ini dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sebelum dan sepanjang tempoh OPS Tahun Baru Cina untuk membandingkan keberkesanan operasi tersebut terhadap perubahan tingkah laku, persepsi serta kadar kemalangan dan kematian. Tiga indikator utama yang diguna pakai untuk penilaian ini adalah seperti berikut:
  1. Persepsi pengguna jalan raya ke atas penguatkuasaan dan advokasi;
  2. Perubahan tingkah laku pengguna jalan raya; dan
  3. Hasil penguatkuasaan iaitu kadar risiko kemalangan dan statistik kemalangan yang diperoleh daripada PDRM.


Bantuan Kecemasan

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Pertahanan Awam akan bersiap sedia 24 jam dan JBPM akan membuka bilik gerakan serta mengadakan rondaan di lokasi-lokasi yang mencatatkan kemalangan tinggi

Topik Terhangat