logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

Laman Utama


Program gegar myGSTU1Pesara
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam akan menganjurkan Program Gegar #myGST4U peringkat Kementerian dan Agensi dan Program 1Pesara pada masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh      :       16 Disember 2104 (Selasa) dan 17 Disember 2014 (Rabu)

Masa       :       8.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat   :       Dewan D2, MAEPS Serdang, Selangor

Program Gegar #myGST4U peringkat Kementerian dan Agensi dan Program 1Pesara merupakan satu inisiatif terbaharu JPA dalam usaha untuk menyebar luaskan maklumat berkaitan dasar kerajaan khususnya GST kepada masyarakat terutama penjawat awam. Program yang akan dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti Taklimat GST, Pameran Agensi Kerajaan dan Swasta, Program MyBestbuy (Karavan Tani), Pemeriksaan Kesihatan dan National Blue Ocean Strategy Showcase.

Semua dijemput hadir.


Topik Terhangat