logo text
Log Masuk

Log Masuk

Laman Utama

Larangan ini akan dikuatkuasakan oleh JPJ dan PDRM 2 hari sebelum dan 2 hari selepas perayaan iaitu pada 13 dan 14 Jun 2018 serta 23 dan 24 Jun 2018. Larangan ini bertujuan untuk mengelakkan risiko berlakunya kemalangan akibat percampuran trafik antara kenderaan berat dengan kenderaan ringan selain daripada mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Jadual perintah larangan pemanduan kenderaan barangan bagi Kempen Keselamatan Jalan Raya Dan Ops Bersepadu Bersempena Dengan Perayaan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kebangsaan Tahun 2018:

KATEGORI JENIS KENDERAAN BERAT LARANGAN MENGGUNAKAN JALAN RAYA PADA 13 DAN 14 JUN SERTA 23 DAN 24 JUN 2018
1
  1. Low Loader, Lori Balak, Lori Pembancuh Simen (Concrete Mixer Truck), Lori Tipper, Lori Pengangkutan Bahan Binaan seperti simen, besi, keluli, batu, pasir dan tanah.
  2. Lori membawa motokar dan motosikal melebihi BDM 5000kg ke atas.
  3. Lori yang membawa bahan galian, seperti amang bijih timah dan arang batu.
  4. Jentera dan traktor kecuali bagi kerja-kerja kecemasan dan menyelamat.

Sekatan penuh

(Total Ban)

1
  1. Lori kontena/kargo membawa barangan elektronik/elektrik.

Dibenarkan beroperasi dari

jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam

Topik Terhangat