logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

Laman Utama

Article available only in Malay
Iklan Pengambilan Jawatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) Di Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mempelawa calon-calon yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1.  a) Jawatan : PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)
     b) Taraf Jawatan : Sementara (3 hingga 6 bulan)
     c) Skim Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional  /Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi)

2. Syarat-syarat umum : Pengurusan dan Profesional
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki sekurang-kurangnya kelayakan di peringkat Ijazah Sarjana Muda;
  • Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik;
    Syarat-syarat umum : Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi)
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki sekurang-kurangnya kelayakan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia ;
  • Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik;
3. Cara Memohon

Pemohon perlu menghantar permohonan secara bertulis (resume) dan disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan surat beranak, salinan sijil-sijil keputusan peperiksaan dan salinan sijil tamat persekolahan yang DISAHKAN ke alamat seperti berikut:

PENGARAH
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
JABATAN KESELAMATAN JALAN RAYA
ARAS 3, GALERIA PJH
JALAN P4W, PERSIARAN PERDANA
PRESINT 4
62100 W.P. PUTRAJAYA
(U.P. UNIT PENTADBIRAN)

6. Lain-lain

Hanya calon yang memenuhi syarat dan kelayakan yang akan dipanggil untuk temuduga.
Segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temuduga ini adalah di atas pembiayaan calon sendiri dan tidak akan ditanggung oleh pihak JKJR.
Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh tutup permohonan.

7. TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 7 JUN 2013 (JUMAAT).

8. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Unit Pentadbiran di talian 03-8323 8028/8032/8033.

Topik Terhangat