logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

Laman Utama

Jabatan Keselamatan Jalan Raya Perak bersama Majlis Keselamatan Jalan Raya Perak dengan kerjasama Pejabat Daerah & Tanah Hilir Perak dan Pejabat Pendidikan Hilir Perak telah berjaya menganjurkan Majlis Pelancaran Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia 2019 Peringkat Negeri Perak pada 19 November 2019 bertempat di Dewan Bandaran, Teluk Intan, Perak. Objektif program ini adalah bagi berkongsi rasa simpati dan empati kepada mangsa/waris kemalangan jalan raya selain memupuk kesedaran kepentingan membudayakan keselamatan jalan raya sebagai norma hidup semua. Majlis dirasmikan oleh YBhg. Dato' Abdul Yunus Bin Jamahri, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan merangkap Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Perak dengan kehadiran jemputan sekitar 800 orang yang terdiri dari Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, Ahli Majlis MKJR, Pengetua, Guru Besar, pelajar, Ketua Masyarakat dan NGO. Dengan tema 'Nyawa tiada galang gantinya' pengisian program diselitkan dengan pertandingan puisi dan lagu bertemakan mangsa kemalangan jalan raya yang disertai pelajar sekolah menengah dari seluruh Daerah Hilir Perak. Johan bagi pertandingan puisi dan lagu bertemakan mangsa kemalangan jalan raya dimenangi oleh SMK Seri Perak. Turut diadakan acara menandatangani pledge wall sebagai simbolik menyokong kepada resolusi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya oleh para hadirin. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini. Gambar-gambar sekitar majlis pelancaran berlangsung;



IMG 7a  IMG 6a  IMG 4a   IMG 5a  IMG 2a  IMG 3a  IMG 8a  IMG 9a

Topik Terhangat