MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA 2016 PERINGKAT NEGERI KEDAH
- Perincian
Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2016 Peringkat Negeri Kedah telah diadakan di Stesen Minyak Petronas Gurun, Kedah Darul Aman pada 2 Februari 2016. Pelancaran disempurnakan oleh YB Dato' Dr. Leong Yong Kong, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Kesihatan dan Perpaduan Negeri Kedah. Majlis ini disertai oleh Ketua Jabatan/Wakil pelbagai agensi Kerajaan, Swasta, Korporat, NGO dan komuniti sekitar pekan Gurun.










