Kempen mingguan keselamatan jalan raya di Bandar Kuala Krai.
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah gantian topi keledar dewasa dan kanak-kanak, khidmat nasihat tentang penggunaan topi keledar yang betul dan menepati piawaian SIRIM, menampal stiker pantul cahaya motosikal dan edaran risalah keselamatan jalan raya. Tempat-tempat yang disasarkan adalah kawasan parkir kereta dan motosikal di Pasaraya Econjaya, Kedai Eco dan Pasaraya PKT.




