logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

                  Satu Advokasi keselamatan Jalan Raya dan Operasi Bersepadu Agensi Kerajaan telah diadakan  di Jalan Genting Klang malam semalam.  Antara agensi yang terlibat adalah Jabatan keselamatan Jalan Raya WPKL, Jabatan Pengangkutan Jalan WPKL, Polis Trafik kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan  Agensi Anti Dadah WPKL.
 

                Antara Peranan Jabatan Keselamatan Jalan Raya WPKL ialah memberi khidmat nasihat kepada penunggang dan pembonceng motosikal supaya menggunakan topi keledar yang mempunyai piawaian SIRIM,  mengikat tali topi keledar dengan cara yang betul dan sentiasa berpakaian cerah apabila menunggang motosikal supaya mudah dilihat oleh orang lain.  Jabatan Keselamatan Jalan Raya WPKL juga turut mengedarkan risalah-risalah keselamatan jalan raya, sticker had laju 60 KM/J dan  sticker pemantul cahaya kepada penunggang motosikal.

 
1795655 609753665768244 336164506 n

Topik Terhangat