-
-
Utama
-
Berita dan Peristiwa
Berita dan Peristiwa
- Perincian
-
Telah Dikemaskini pada Rabu, 12 Jun 2019 14:20
Majlis Pelancaran Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2019 Peringkat Negeri Perak telah dilaksanakan dengan jayanya pada 31 Mei 2019 bertempat di Mydin Mall, Parit Buntar, Perak. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh YB Encik Abdul Yunus Bin Jamahri, Exco Kerajaan Negeri Perak merangkap Pengerusi MKJR Perak. Dalam majlis tersebut YB Pengerusi turut membuat 'Flag Off' pasukan keselamatan yang terdiri dari PDRM, PLUS, JPJ, Bomba & Penyelamat, JPAM, Jabatan Kesihatan, JKJR serta NGO berkaitan keselamatan yang bertugas sempena Hari Raya Aidulfitri. Seramai 500 orang jemputan menghadiri majlis terdiri dari Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, agensi-agensi keselamatan termasuk para pengunjung di Mall tersebut. Dalam majlis tersebut, YB Pengerusi MKJR Perak turut membuat edaran 'goodies bag' yang terdapat risalah keselamatan jalan raya kepada para pengunjung.


- Perincian
-
Telah Dikemaskini pada Isnin, 24 Disember 2018 15:30
Pameran Keselamatan Jalan Raya sempena Karnival Kempen Keselamatan Jalan Raya IPD Perak Tengah yang telah berlangsung pada 20 & 21 Disember 2018 di IPD Perak Tengah, Seri Iskandar, Perak.