Mesyuarat Agong Tahunan Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Perak Tahun 2013 telah diadakan pada 5 September 2013 bertempat di MH Hotel, Ipoh. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YB Dato' Zainol Fadzi Bin Haji Paharudin Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Perak dan juga merangkap Exco Jawatankuasa Insfrastruktur,Kemudahan Awam, Tenaga dan Air. Mesyuarat ini di hadiri seramai 43 orang.
Tujuan mesyuarat adalah:-
Membentang Laporan Aktiviti Tahun 2012
Membentangkan Penyata Kewangan Tahun 2012
Membincangkan dan meluluskan usul atau cadangan dari ahli MKJR; dan
Memilih Ahli Jawatankuasa Kerja yang baru bagi sessi 2013/2014