logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

8 PETUA KESELAMATAN JALAN RAYA

Kami ingin berkongsi sedikit panduan keselamatan jalan raya yang boleh diambil perhatian oleh pengguna jalan raya:


Pertama, Rancang Perjalanan Anda
  • Periksa kenderaan anda – pastikan tayar dalam keadaan baik. Pastikan tekanan angina sentiasa mencukupi termasuklah pada tayar ganti. Jangan sekali-kali kita gunakan tayar yang bunganya sudah haus atau pun botak. Selain tayar, brek dan lampu isyarat juga haruslah dipastikan berfungsi dengan baik.
  • Jika anda dalam keadaan letih, mengantuk atau pun dibawah pengaruh ubat-ubatan yang boleh menyebabkan rasa mengantuk. Pastikan anda mendapatkan rehat yang secukupnya terutama sebelum memulakan perjalanan yang panjang. Sekiranya tidak, eloklah ditangguhkan dahulu perjalanan anda.

Kedua,
Sentiasa Patuhi Had Laju Yang Telah Ditetapkan
  • Jangan memandu melebihi had laju dan perlahankan kenderaan sekiranya memandu di dalam cuaca hujan kerana jalan yang basah dan licin bolehmelambatkan kereta untuk berhenti jika membrek. Jangan mengekori kenderaan lain pada jarak yang dekat kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.
  • Untuk meningkatkan kebolehlihatan semasa memandu di dalam hujan, pasangkan  lampu kenderaan dan bukannya lampu kecemasan.
Ketiga, Patuhi Peraturan Keselamatan Semasa Menukar Lorong
  • Berikan isyarat dan periksa cermin sisi dan cermin pandang belakang sebelum melakukan pertukaran lorong. Sebaik-baiknya cermin sisi dilaraskan 90’ untuk mengecilkan titik buta agar kenderaan di sekitar dapat dilihat dengan lebih lama.
Keempat, Patuhi Peraturan Jalan Raya Di Persimpangan
  • Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di persimpangan dengan berhenti  apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki. Apabila lampu isyarat bertukar hijau pastikan keadaan laluan selamat terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan.
Kelima, jangan memotong kenderaan lain jika kita berasa teragak-agak.
  • Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong; jangan memotong sekiranya anda berada di atas jambatan, di selekoh, di kawasan bukit atau pun di persimpangan jalan. Perlu juga diingatkan bahawa jangan memotong barisan sekiranya berlaku kesesakan semasa memandu dan jangan sekali-kali menggunakan lorong kecemasan.
Selain daripada itu, diharap supaya pengguna-pengguna jalan raya yang menaiki kereta tidak memandang ringan kepada pemakaian tali keledar depan dan belakang. Pemakaian tali keledar ini adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan jika berlakunya kemalangan. 

Perlu diingatkan bahawa apabila penumpang belakang tidak memakai tali keledar dan berlakunya perlanggaran pada kelajuan biasa 50 hingga 60km sejam sekali pun, penumpang belakang akan terhumban ke hadapan dengan kekuatan 40 kali daripada berat badannya. Justeru itu, penumpang belakang yang tidak memakai tali keledar boleh menjadi punca kecederaan parah atau kematian pemandu atau penumpang di hadapan.

Ibu bapa pula pastikan anak-anak anda juga menggunakan tali keledar. Bagi anak-anak yang berumur bawah 12 tahun sediakan tempat duduk keselamatan kanak-kanak yang diletakkan di bahagian tempat duduk belakang. 

Bagi golongan penunggang dan pembonceng motosikal pula, adalah dinasihatkan supaya anda sentiasa menggunakan jaket keselamatan yang berwarna cerah serta dilengkapi dengan bahan pemantul cahaya bagi menambahkan kebolehlihatan (visibility) anda kepada pengguna-pengguna lain di jalan raya terutama pada waktu malam. 

Pakai topi keledar dan ikatlah dengan kemas bagi melindungi anda dari kecederaan di bahagian kepala. Jika  penggunaan topi keledar dengan betul dapat dibudayakan sebagai amalan harian bagi setiap perjalanan oleh semua penunggang dan pembonceng motosikal pasti kes cedera parah dan maut bagi golongan yang paling terdedah kepada risiko kemalangan ini akan dapat dikurangkan.

Akhir kata, pesanan daripada kami, Pandu Selamat, Tunggang Selamat dan Jalan Dengan Selamat. Anda Mampu Mengubahnya.

Sekian. Terima kasih.


Topik Terhangat