logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

180287_511214425604651_53809851_n.jpg

KESELAMATAN PEJALAN KAKI


Seperti mana yang kita tahu sejak akhir-akhir ini pelbagai isu keselamatan pejalan kaki hebat diperkatakan di media-media baik media cetak mahu pun media elektronik.


Antaranya adalah kadar kematian pejalan kaki iaitu pada kadar 562 kematian setahun. Jumlah ini telah menjadikan pejalan kaki merupakan golongan ke-3 tertinggi di dalam statistik kematian akibat kemalangan jalan raya.


Untuk itu, di sini kami ingin berkongsi beberapa kaedah keselamatan bagi pejalan kaki agar dapat dimanfaatkan oleh anda semua.

Pertama, memakai pakaian cerah.
  • supaya mudah dilihat oleh kenderaan lain
  • penggunaan jaket keselamatan dengan pemantul cahaya juga boleh membantu

Kedua, jangan membelakangi kenderaan

  • jalan menghadap lalu lintas (supaya mudah melihat keadaan lalulintas yang berdekatan)
  • jangan berjalan terlalu rapat dengan jalan raya (gunakan laluan pejalan kaki)

Ketiga, gunakan kemudahan untuk melintas

  • lebih 70% kemalangan melibatkan pejalan kaki adalah berpunca daripada sikap mereka yang tidak menggunakan kemudahan untuk melintas yang telah disediakan atau pun melintas di tempat yang salah
  • lintasan pejalan kaki
  • lintasan berisyarat/lintasan undan (lintasan pejalan kaki yang mempunyai set lampu isyarat dan butang serta dua lampu berwarna merah dan hijau {orang merah dan orang hijau} di mana apabila hendak melintas pengguna jalan raya perlu menekan butang 
  • jejantas

Keempat, berhati-hati sewaktu melintas jalan

  • pastikan keadaan adalah benar-benar selamat sebelum melintas
  • jangan sekali-kali berdiri di tengah-tengah jalan sewaktu hendak melintas
  • pimpin anak-anak semasa hendak melintas jalan

Kelima, sentiasa awasi anak-anak 

  • 40% daripada kemalangan pejalan kaki melibatkan golongan kanak-kanak berumur 6 hingga 10 tahun.
  • anak-anak perlu sentiasa ditemani oleh orang dewasa apabila berada di atas jalan raya kerana orang dewasa lebih berkemahiran untuk menganggar jarak dan membuat keputusan

Kesempatan ini juga saya ingin meminta kerjasama pengguna jalan raya yang lain iaitu pemandu kenderaan dan penunggang motosikal untuk bersikap lebih prihatin dengan memberhentikan kenderaan anda di lintasan pejalan kaki sekiranya anda lihat ada pejalan kaki yang menunggu untuk melintas jalan. 

Akhir kata, pesanan daripada JKJR Perak, Pandu Selamat, Tunggang Selamat dan Jalan Dengan Selamat. Anda Mampu Mengubahnya.

Sekian. Terima kasih.

Topik Terhangat