logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pendengar yang sedang mengikuti siaran Perak FM.
Teks 
Pagi ini saya ingin berkongsi sedikit panduan keselamatan jalan raya yang boleh diambil perhatian oleh pengguna jalan raya kerana kita untuk mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya.

1.Pertama, ketahui kenderaan anda.

-Periksa kenderaan anda – pastikan tayar dalam keadaan baik. Pastikan tekanan angin sentiasa mencukupi termasuklah pada tayar ganti. Jangan sekali-kali kita gunakan tayar yang bunganya sudah haus atau pun botak. Selain tayar, brek dan lampu isyarat juga haruslah dipastikan berfungsi dengan baik.


2.Kedua, ketahui keadaan diri kita
-Keadaan mental dan fizikal sebagai pemandu - jika anda dalam keadaan letih, mengantuk atau pun dibawah pengaruh ubat-ubatan yang boleh menyebabkan rasa mengantuk. Pastikan anda mendapatkan rehat yang secukupnya terutama sebelum memulakan perjalanan yang panjang. Sekiranya tidak, eloklah ditangguhkan dahulu perjalanan anda.

3.Ketiga, peka dengan keadaan sekeliling

-Sentiasa berwaspada dan peka dengan situasi di jalan raya seperti trafik dan cuaca.

-Fokus hanya pada jalan raya dan keadaan sekeliling.

-Elakkan menggunakan telefon bimbit semasa memandu. ’No Phone Zone’ – guna hands free kit atau kemudahan bluetooth.

-Jika memandu dalam keadaan hujan, kurangkan had laju kenderaan kerana keadaan jalan yang licin melambatkan kereta untuk berhenti jika membrek dan jarak penglihatan juga terjejas.

-Untuk meningkatkan kebolehlihatan semasa memandu di dalam hujan, pasangkan lampu kenderaan dan bukannya lampu kecemasan.


4.Keempat, gunakan isyarat lampu dengan betul
-Berikan isyarat lampu lebih awal sebelum melakukan pertukaran lorong atau ingin membelok.

5.Kelima, berhati-hati dengan titik buta
-Berhati-hati dengan ’blind spot’ di belakang dan di tepi kenderaan anda semasa pemanduan
-Sebaik-baiknya cermin sisi dilaraskan 90’ untuk mengecilkan titik buta agar kenderaan di sekitar dapat dilihat dengan lebih lama.

6.Keenam, jangan mengekori kenderaan lain terlalu rapat
-Pastikan anda sentiasa berada pada jarak selamat sekurang-kurangnya dua saat dari kenderaan di hadapan
-Tujuan – supaya boleh memberhentikan kenderaan anda dengan selamat sekiranya berlaku kecemasan dan sebagainya

7.Ketujuh, patuhi peraturan jalan raya
-Patuhi had laju yang telah ditetapkan
-Sentiasa patuhi lampu isyarat
-Pakai tali keledar depan dan belakang. Pemakaian tali keledar ini adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap keselamatan jika berlakunya kemalangan
-Bagi golongan penunggang dan pembonceng motosikal pula, gunakan jaket keselamatan yang berwarna cerah serta dilengkapi dengan bahan pemantul cahaya bagi menambahkan kebolehlihatan (visibility) anda kepada pengguna-pengguna lain di jalan raya terutama pada waktu malam dan pakai topi keledar dan ikatlah dengan kemas bagi melindungi anda dari kecederaan di bahagian kepala.

Akhir kata, pesanan daripada saya, Pandu Selamat, Tunggang Selamat dan Jalan Dengan Selamat. Anda Mampu Mengubahnya.

Sekian. Terima kasih.

Topik Terhangat