logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya sempena hari perayaan Aidilfitri 2014 telah diadakan di Terminal Aman Jaya, Jelapang, Perak pada 10 Julai 2014 yang bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya mengenai kepentingan mereka untuk mematuhi undang-undang yang ditetapkan. Kempen yang mensasarkan kepada pemandu dan pengguna bas ekspres/persiaran dan henti-henti telah dijayakan dengan kerjasama dari Briged Sukarelawan Khidmat Negara Kem PLKN Gopeng, Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Perak dan Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perak.
aman jaya2 639x480
 Antara pengisian kempen tersebut adalah advokasi bas, advokasi motorsikal pengunjung terminal, pengedaran risalah keselamatan jalan raya oleh JKJR dan risalah pencegahan dadah oleh AADK, serta pemeriksaan bas oleh JPJ. Melalui kempen yang telah diadakan, diharap dapat mendidik masyarakat untuk lebih berhati-hati ketika berada di atas jalan raya dan lebih mementingkan keselamatan semasa pemanduan.

aman jaya 1 639x480

Topik Terhangat