logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

Program Keselamatan Jalan Raya untukPenunggang Motosikal telah diadakan pada 23 Februari 2016 di SMK Tun Saban, Pengkalan Hulu, Perak.  Program ini telah dirasmikan oleh YB. Dato' Zainol Fadzi bin Haji Paharudin, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air merangkap Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Perak.  Program ini turut dihadiri oleh Puan Laila Mazwin bt Zakaria, Pengarah JKJR Perak, Encik Rosli bin Hashim, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Perak, Puan Zaiton bt Othman, Pengetua SMK Tun Saban dan Encik Shahrol Yuzy bin Ahmad Zaini, Duta Keselamatan Jalan Raya Negeri Perak.  Seramai 337 orang telah menyertai Program Ceramah Keselamatan Jalan Raya untuk Penunggang Motosikal yang telah disampaikan oleh Encik Shahrol Yuzy bin Ahmad Zaini, Duta Keselamatan Jalan Raya Negeri Perak.  YB. Dato' Zainol Fadzi bin Paharudin juga telah merasmikan Sudut Keselamatan Jalan Raya SMK Tun Saban, Pengkalan Hulu. Selain daripada itu, pameran keselamatan jalan raya turut diadakan oleh JKJR Negeri Perak, AADK, JPJ, JPAM dan PDRM Perak.


 
 IKRAR CROWD  
 DATO BERUCAP PAKAI HELMET 
 chati yuzy chati kpd sekolah
 gambar ramai sudut kjr cantik
 RASMI SUDUT BUKU PELAWAT
 CERAMAH YUZY YUZY 
  CROWD YUZY PAMERAN
   SELFIE RAMAI SELFIE YUZY
 

     
   
   


  
    

 



Topik Terhangat