Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya sempena Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya Tahun 2016 telah diadakan pada 15 November 2016 (Selasa) di KM1 Jalan Batu Gajah - Gopeng, Perak.  Program telah dijalankan dengan kerjasama JPJ Perak dan 3 orang Rakan IM4RS Negeri Perak.  Sebanyak 200 unit stiker pemantul cahaya, 200 stiker 60km/j dan 200 stiker `Buckle Up' telah dilekatkan pada motorsikal dan topi keledar pengguna jalan raya.  Penunggang motorsikal juga berpeluang untuk menukar 100 unit topi keledar dewasa dan 20 unit topi keledar kanak-kanak ketika advokasi dijalankan.  Sebanyak 200 unit beg risalah telah diedarkan kepada pemandu kenderaan kereta dan lori.  Diharap dengan adanya program ini dapat mengurangkan statistik kecederaan dan kematian dalam kemalangan di Negeri Perak.




                                             PhotoGrid 1479199027149
FaLang translation system by Faboba