Program Mini Karnival Teras Keselamatan sempena Permukiman YAB Menteri Besar Negeri Perak dan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Op Selamat ke 10 Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2017 Peringkat Negeri Perak telah diadakan pada 19 Januari 2017 di SMK Tun Abdul Razak Selekoh, Bagan Datuk, Perak.  Program ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abdul Kadir.  Turut hadir ialah YB. Dato' Zainol Fadzi  bin Hj. Paharuddin, EXCO Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air merangkap Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Perak, YB. Dato Shahrul Zaman bin Yahya, ADUN Rungkup, Y.B Dato' Seri Abdul Puhat bin Mat Nayan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Y.B. Dato' Haji Mohd. Ghazali bin Jalal, Pegawai Kewangan Negeri Perak dan YDH DCP Dato' Pahlawan Hasnan bin Hassan, Timbalan Ketua Polis Perak.  Di antara pengisian program ialah Ceramah Keselamatan Jalan Raya oleh Encik Shahrol Yuzy bin Ahmad Zaini, Ikon JKJR Negeri Perak kepada 500 orang pelajar SMK Tun Abdul Razak Selekoh, Pertunjukan T-Baton oleh PDRM Perak, Pemeriksaan Motosikal, pembaharuan cukai jalan secara percuma oleh JPJ, rebat RM20.00 bagi insurans oleh 300 pengunjung terawal, 1 Mobile JPJ,  Pameran Keselamatan Jalan Raya oleh agensi JKJR Negeri Perak, AADK Negeri Perak, TNB Perak, LAP Perak, JPJ Perak dan PDRM Perak, penyampaian bantuan kepada 100 orang asnaf tajaan LAP Perak, cabutan bertuah, pelancaran Platun Bantuan Bencana RELA Negeri Perak dan 'Flag Off' kenderaan-kenderaan Pasukan Bantuan Kecemasan bagi membantu mangsa-mangsa kemalangan di jalan raya.

GAMBAR UTK LAMAN WEB

FaLang translation system by Faboba