Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya bersama Allianz Assurance Malaysia Taiping dan pegawai-pegawai Trafik IPD Taiping sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2017 telah dijalankan pada 25 Januari 2017 jam 10.00 pagi di Jalan Istana, Taiping Perak. Tujuan program ini adalah untuk mendidik pengguna jalan raya tentang pemanduan berhemah untuk mengurangkan kadar kemalangan sekaligus dapat mengurangkan kadar kematian ketika kemalangan. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah melekatkan stiker pemantul cahaya, stiker had laju selamat 60km/j di motosikal dan stiker peringatan pemakaian topi keledar dengan kemas dan ketat di topi keledar penunggang motosikal. Selain dari itu, Allianz Assurance Malaysia Cawangan Taiping juga telah menyumbang sebanyak 50 unit `Child Booster Seat', 50 unit `Seat Belt Cover', 50 unit `Multi-Functional Flashlight' dan 50 unit `Safety Vest' kepada pengguna jalan raya.


Allianz TBC 2017 copy



FaLang translation system by Faboba