Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya Petronas `Coffee Break'  sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2017 telah dijalankan pada 26 Januari 2017 jam 10.00 pagi di Stesen Minyak Petronas RNR Simpang Pulai, Perak.   Tujuan program ini adalah untuk mendidik pengguna jalan raya tentang pemanduan berhemah untuk mengurangkan kadar kemalangan sekaligus dapat mengurangkan kadar kematian ketika  kemalangan.  Stiker pemantul cahaya, stiker had laju selamat 60km/j telah ditampal di motosikal penunggang dan stiker peringatan pemakaian topi keledar dengan kemas dan ketat juga telah dilekatkan di topi keledar penunggang motosikal. Pegawai-pegawai JKJR Perak juga telah mengedarkan risalah Keselamatan Jalan Raya kepada pemandu-pemandu kenderaan lain yang singgah di stesen minyak Petronas tersebut.


GAMBAR TMTA DI STESEN PETRONAS 26.1.2017
FaLang translation system by Faboba