logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya bersama Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) Cawangan Negeri Perak sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2017 telah dijalankan pada 27 Januari 2017 jam 3.00 petang di Terminal Aman Jaya Meru, Ipoh, Perak. Aktiviti yang telah dijalankan adalah advokasi kepada pemandu-pemandu bas express agar memandu dengan berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya, melekatkan stiker di dalam bas bagi menggalakkan orang awam menggunakan pengangkutan awam dan melekatkan stiker pemantul cahaya (VEM) di belakang bas-bas express untuk menambah kebolehlihatan bas-bas tersebut terutamanya di waktu malam bagi mengelakkan kemalangan langgar belakang. Program ini melibatkan pegawai-pegawai PPPM Cawangan Perak, JKJR Perak, JPJ Perak, PDRM Perak, KPDNKK Perak, pemandu bas express dan orang ramai yang akan pulang bercuti sempena cuti Tahun Baru Cina 2017.


Program Terminal Amanjaya meru 27.1.17












Topik Terhangat