logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

Majlis Pelancaran Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2019 Peringkat Negeri Perak telah dilaksanakan dengan jayanya pada 31 Mei 2019 bertempat di Mydin Mall, Parit Buntar, Perak. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh YB Encik Abdul Yunus Bin Jamahri, Exco Kerajaan Negeri Perak merangkap Pengerusi MKJR Perak. Dalam majlis tersebut YB Pengerusi turut membuat 'Flag Off' pasukan keselamatan yang terdiri dari PDRM, PLUS, JPJ, Bomba & Penyelamat, JPAM, Jabatan Kesihatan, JKJR serta NGO berkaitan keselamatan yang bertugas sempena Hari Raya Aidulfitri. Seramai 500 orang jemputan menghadiri majlis terdiri dari Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, agensi-agensi keselamatan termasuk para pengunjung di Mall tersebut. Dalam majlis tersebut, YB Pengerusi MKJR Perak turut membuat edaran 'goodies bag' yang terdapat risalah keselamatan jalan raya kepada para pengunjung.

a copy copy copy copy copybc

Topik Terhangat