logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

Berita dan Peristiwa

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA PERINGKAT NEGERI PERLIS SEMPENA TAHUN BARU CINA 2017

Majlis pelancaran kempen ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Khaw Hock Kong, Ahli Dewan Undangan Negeri, Kawasan Titi Tinggi, Merangkap Timbalan Speaker Dewan di Stesen Minyak Petronas Behor Temak, Kangar Perlis pada 20 Januari 2017. Kempen KJR ini telah berjalan dengan jayanya serta mendapat sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak agensi/jabatan kerajaan, pihak swasta antaranya Petronas, Pertubuhan Dewan Perhimpunan Cina Perlis, Hotel Metro Inn Arau, Syarikat Raffi Brother Kuala Perlis, JPJ, PDRM, JKR, Jabatan Penerangan dan RTM Perlis.

Baca lagi...

CERAMAH KJR DI PUSAT GIAT MARA ARAU PADA 4 JANUARI 2017

giat mara arau 2giat mara arau 1Ceramah Keselamatan Jalan Raya telah di adakan di Pusat Giat Mara Arau pada 4 Januari 2017.
Antara Pengisian aktiviti adalah:-
  •  Ceramah Keselamatan Jalan Raya
  • Khidmat Nasihat Keselamatan Jalan Raya
  • Demo Pemakaian Topi Keledar Yang Betul
  • Kuiz Keselamatan Jalan Raya

ADVOKASI KJR DALAM OPS BERSEPADU JPJ DI KM3, JALAN KANGAR- ALOR SETAR PADA 1/1/2017

JKJR Negeri Perlis bersama dengan JPJ Negeri Perlis telah menjayakan Ops Bersepadu Sempena
Tahun Baru 2017.  Agensi lain yang terlibat adalah AADK Negeri Perlis. Turut Serta Pada Malam
Tersebut Adalah YB Dato' Haji Sabry bin Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis,
Merangkap Pengerusi MKJR Negeri Perlis.

Antara pengisian aktiviti adalah:-
  • Melekat Stiker Vem
  • Pertukaran Topi Keledar Dewasa
  • Sumbangan Topi Keledar Kanak-Kanak
  • Melekat Stiker Doa Menaiki Kenderaan
  • Memberi Khidmat Nasihat KJR Kepada Pengguna Jalan RayaKM 3

ADVOKASI KJR DALAM OPS BERSEPADU JPJ DI KM4, JALAN ARAU-KANGAR PADA 31/12/2016

JKJR Negeri Perlis bersama dengan JPJ Negeri Perlis telah menjayakan Ops Bersepadu sempena malam tahun baru 2017.
Agensi lain yang turut serta adalah  AADK Negeri Perlis

Antara pengisian aktiviti adalah seperti berikut:-
  • Melekat stiker vem
  • Pertukaran topi keledar dewasa
  • Sumbangan topi keledar kanak-kanak
  • Memberi khidmat nasihat KJR kepada pengguna jalan raya
  • Mengedar risalah KJR & Stiker Doa menaiki kenderaanKM 4

Topik Terhangat