logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

Berita dan Peristiwa

PAMERAN KJR SEMPENA KARNIVAL KOKURIKULUM DI SEKOLAH TENGKU BUDRIAH PADA 12.11.2016

Pihak sekolah dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional telah menganjurkan Karnival Kokurikulum di Sekolah Tengku Budriah, Arau, Perlis. Pihak sekolah telah menjemput JKJR Perlis untuk mengadakan Pameran KJR. JKJR Perlis diwakili 2 orang pegawai telah mengadakan pameran KJR pada hari tersebut. Pameran KJR ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pengunjung tentang KJR. Turut dilakukan penerangan tentang topi keledar yang memenuhi piawaian SIRIM agar pengguna motorsikal memilih topi keledar yang berkualiti. Risalah-risalah KJR juga diberikan kepada pengunjung agar dapat dijadikan panduan sebagai pemandu berhemah. Pengunjung program ini dianggarkan seramai 1000 orang. Program ini berakhir pada jam 5 petang.

WhatsApp Image 2016 11 12 at 12.35.32 PMWhatsApp Image 2016 11 12 at 2.27.13 PM 2WhatsApp Image 2016 11 12 at 12.35.31 PM

Baca lagi...

MESYUARAT MKJR NEGERI PERLIS BIL.4/2016 PADA 11.11.2016

Mesyuarat MKJR Negeri Perlis Bil. 4 Tahun 2016 telah berjalan dengan lancar pagi tadi. Mesyuarat ini telah dihadiri pelbagai wakil agensi kerajaan, swasta, dan juga NGO yang merupakan ahli MKJR. Beberapa perkara berkaitan keselamatan jalan raya telah dibincangkan agar jumlah kemalangan jalan raya di negeri Perlis dapat dikurangkan.

IMG 7095IMG 7103IMG 7105

Baca lagi...

CERAMAH KJR DI SMK SYED SAFFI, SIMPANG EMPAT PADA 09.11.2016

Pegawai JKJR Perlis telah memberi ceramah KJR kepada pelajar Tingkatan 2,3 dan 4 SMK Syed Saffi pada pagi ini. Pelajar yang terlibat dianggarkan seramai 200 orang. Turut diadakan demo pemakaian topi keledar dengan cara yang betul dan juga kepentingan pemakaian cerah bagi pengguna motorsikal. Ceramah ini disampaikan bagi meningkatkan kesedaran para pelajar tentang kepentingan KJR.

IMG 7066IMG 7072IMG 7083IMG 7084

Ceramah KJR Di SJK(C) Kong Aik, Mata Ayer, Perlis pada 8 November 2016

Dua orang pegawai dari JKJR Negeri Perlis telah hadir untuk memberi ceramah Keselamatan Jalan Raya di SJK(C) Kong Aik pada hari ini. Tujuan ceramah ini adalah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar dan juga tenaga pengajar tentang kepentingan keselamatan jalan raya terutamanya kepada kanak-kanak sekolah. Lebih kurang seramai 100 orang pelajar telah hadir untuk mendegar ceramah yang disampaikan .

085212a085631a

Topik Terhangat