logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

Majlis pelancaran kempen ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Khaw Hock Kong, Ahli Dewan Undangan Negeri, Kawasan Titi Tinggi, Merangkap Timbalan Speaker Dewan di Stesen Minyak Petronas Behor Temak, Kangar Perlis pada 20 Januari 2017. Kempen KJR ini telah berjalan dengan jayanya serta mendapat sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak agensi/jabatan kerajaan, pihak swasta antaranya Petronas, Pertubuhan Dewan Perhimpunan Cina Perlis, Hotel Metro Inn Arau, Syarikat Raffi Brother Kuala Perlis, JPJ, PDRM, JKR, Jabatan Penerangan dan RTM Perlis.

Antara pengisian Kempen KJR Peringkat Negeri Perlis Sempena TBC 2017 ini adalah:-
  • Gimik Pelancaran iaitu advokasi KJR melalui paparan 7 Tip Keselamatan Jalan Raya disekitar stesen minyak agar menjadi amalan pengguna jalan raya
  • Khidmat Nasihat & Tip Keselamatan jalan Raya, KJR melalui pengedaran 'ang pow' yang mengandungi mesej KJR
  • Pertukaran dan sumbangan topi keledar dewasa dan kanak-kanak
  • Melekat stiker fakta kepentingan pemakaian topi keledar pada motosikal
  • Melekat stiker pemantul cahaya (VEM) pada motosikal
  • Pemberian 'goodies bag'
  • Petronas 'coffe break'
  • Sidang Media
 Gimik ProgramAdvokasi KJR 1Sekatan jalan 1Sidang Media

Topik Terhangat