logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

ARAU - 20 Jun 2017 (Selasa), JKJR Negeri Perlis telah mengadakan Program "Walkabout" Keselamatan Jalan Raya DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Negeri Perlis Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2017. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail merupakan DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan turut hadir bersama DYTM Tuanku Puan Muda Perlis.

Diantara pengisian program ialah:-

  • Penyerahan Sumbangan MAIPS kepada golongan asnaf & sumabngan 'goodies' beg MKJR/JKJR
  • Sumbangan ICU melalui pembukaan akaun SSPN PTPTN seramai 30 orang pelajar
  • Gimik Pelancaran iaitu DYTM Tuanku Raja Muda Perlis dan isteri menarik tirai yang menutupi pintu gerbang yang mana memaparkan mesej KJR serta paparan mesej KJR di gerai-gerai jualan.
          * Advokasi Keselamatan Jalan Raya
             - Pertukaran & sumbangan topi keledar dewasa
             - Melekat stiker pemantul cahaya (VEM) pada motosikal
             - Melekat stiker fakta kepentingan pemakaian topi keledar pada motosikal
             - Edaran risalah 7 tip keselamatan jalan raya kepada pengguna jalan raya

          * "Walkabout" DYTM Tuanku Raja Muda Perlis
             - Pembukaan Stiker Mesej KJR di gerai 
             - 'walkabout' bersama rakyat di bazar serta pengedaran 'goodies' beg JKJR/PTPTN

DYTM

Topik Terhangat