Advokasi Khas Keselamatan Jalan Raya bersama Adun Penaga, YB Datuk Haji Mohd. Zain Bin Ahmad diadakan di Kampung Bakar Kapor, Penaga. Program advokasi  khas ini mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Belia Bakar Kapor, Duta Keselamatan Jalan Raya Pulau Pinang, En. Muhamad Shukerie Che Wang, Pusat Khidmat Adun Penaga dan Pemimpin Komuniti setempat manakala anggota JPJ Pulau Pinang mengawal lalulintas sepanjang berlangsungnya advokasi.

Sebanyak 50 buah topi keledar yang usang, rosak dan tidak mematuhi Standard Piawaian SIRIM telah digantikan secara percuma dengan Topi Keledar yang berpiawaian SIRIM. Seramai 10 orang kanak-kanak juga telah diberikan topi keledar kanak-kanak yang berpiawaian SIRIM. Bersempena dengan bulan kemerdekaan, pihak Persatuan Belia Bakar Kapor turut mengedarkan Jalur Gemilang kepada pengguna jalan raya yang melalui kawasan advokasi.

DSC 0036 copy copy copyDSC 0045 copy copyDSC 0055 copyDSC 0076 copyDSC 0122 copyDSC 0126 copy copyDSC 0191 copyDSC 0192DSC 0229
FaLang translation system by Faboba