logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

Majlis Pelancaran Kempen keselamatan Jalan Raya Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2016 Peringkat Negeri telah diadakan dengan jayanya pada 3 Februari 2016 (Rabu) di Terminal Bas Kuching Sentral. Majlis telah dirasmikan oleh tetamu kehormat iaitu Yang Berhormat Dato Sri Michael Manyin Anak Jawong, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Srawak, merangkap Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Sarawak. Majlis juga turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato James Chan Khay Syn, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Yang Berusaha Tuan Supt Mohammad Sar'ie Bin Fauzi, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam/Ketua Trafik Negeri IPK Sarawak, Yang Berusaha Tuan Ibrahim Bin Othman, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak serta ketua-ketua jabatan yang lain. tetamu kehormat telah menampal stiker "Penggunaan Pengangkutan Awam Mengurangkan Kemalangan" kepada bas serta pemberian helmet dan stiker sumbangan daripada Allianz Insurance Malaysia Berhad kepada para penunggang motosikal. Pameran keselamatan jalan raya juga turut diadakan oleh pihak JKJR Negeri Sarawak, JPJ, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sarawak (DOSH), PUSPAKOM, Allianz Insurance Malaysi Berhad. JKJR Negeri Sarawak ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut. Diharap agar kerjasama seumpama ini akan sentiasa diterusakan dari masa ke semasa.

DSC 0008DSC 0052
DSC 0031DSC 0092
DSC 0067DSC 0101
DSC 0157DSC 0143
DSC 0114DSC 0037
DSC 0025DSC 0045

Topik Terhangat