logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

Rentetan dari insiden kematian 2 pelajar dan 6 cedera murid SMK Bandar Damai Perdana, Cheras pada 14 Januari 2016 lalu, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor telah mengkordinasikan satu Mesyuarat Penyelarasan Isu Keselamatan Jalan Raya di SMK Bandar Damai Perdana, Cheras pada 22 Februari 2016 (Isnin), jam 10:00 pagi bertempat di sekolah tersebut.  Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Mohammad Fakhri bin Mansor, Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor.  Antara keputusan mesyuarat ialah pihak sekolah perlu mengemukakan segala keperluan sekolah melalui Pejabat Pelajaran Daerah kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dengan sokongan dari kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor.

2016-02-22 10.15.49

2016-02-22 10.16.14

2016-02-22 12.13.19

Topik Terhangat