logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dengan kerjasama beberapa agensi seperti Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor (JPJ) telah mengadakan program bersama YB Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia di Sungai Besar pada 16 Jun 2016 (Khamis).  Turut menbantu ialah Pejabat Penerangan Daerah Sabak Bernam, Jabatan Kerja Raya Daerah Sabak Bernam, Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam serta Majlis Daerah Sabak Bernam.

Program telah dimulakan dengan Kempen Keselamatan Jalan Raya bertempat di Bazar Ramadhan, Jalan Stadium, Sungai Besar bermula jam 5:00 petang hingga 6:30 petang.  Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia.  Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah pameran daripada Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor, Kaunter Bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pameran kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam, advokasi keselamatan jalan raya kepada penunggang dan pembonceng motosikal, khidmat nasihat keselamatan jalan raya sambil edar risalah, tampal Vehicles Enhancement Material (VEM) pada belakang motosikal, pertukaran topi keledar kepada penduduk setempat sebanyak 100 unit sumbangan SIRIM QAS International Sdn Bhd, pertukaran topi keledar kanak-kanak sebanyak 30 unit serta pemberian vest keselamatan kepada penunggang motosikal bagi yang layak.  Sebanyak 100 unit vest keselamatan telah diperuntukkan untuk program ini.  YB Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi juga meluangkan masa edar “Diari Ramadhan” kepada pengunjung bazar.  Beliau sempat ditemuramah beberapa media tempatan sebelum bergerak ke Majlis Iftar Ramadhan.

Program seterusnya ialah Majlis Iftar Ramadhan bersama YB Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia bertempat di Masjid Makmuriah, Sungai Besar bermula jam 7:00 malam hingga 8:00 malam.  Program dimulakan dengan berzikir sementara menunggu waktu iftar iaitu pada 7:29 malam.  Solat Maghrib berjama’ah pada jam lebih kurang jam 7:35 malam.  Selesai solat Maghrib berjama’ah, YB Datuk Ab. Aziz bin Kaprawi menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dan juga pelajar ma’ahad tahfiz sekitar Sungai Besar sebelum bertolak pulang.

Gambar sekitar program:

Program 1:  Kempen Keselamatan Jalan Raya bertempat di Bazar Ramadhan, Jalan Stadium, Sungai Besar

YBTM 7

YBTM 8

YBTM 9

YBTM 10

YBTM 11

YBTM 12

YBTM 13

YBTM 14

YBTM 15

YBTM 16

YBTM 1

YBTM 2

YBTM 3     YBTM 4

Program 2:  Majlis Iftar Ramadhan di Masjid Makmuriah, Sungai Besar

YBTM 5     YBTM 6

Topik Terhangat