logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

Hulu Langat, 29 Julai 2016 - Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor telah mengadakan advokasi keselamatan penunggang dan pembonceng motosikal dengan kerjasama syarikat Linde Malaysia Sdn Bhd bertempat di Lorong Motosikal, Plaza Tol Batu 9, Lebuhraya Cheras - Kajang (arah Kajang).  Advokasi yang dikenali sebagai Ops Cerah:  Kebolehlihatan Mampu Mengubah Segalanya ini mendapat kerjasama yang erat daripada pelbagai agensi seperti Grand Saga Sdn Bhd, Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Majlis Keselamatan Jalan Raya Daerah Hulu Langat serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Selangor.  Turut hadir ke advokasi tersebut ialah YBhg Datuk Roslan bin Eusoff, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia.  Advokasi bermula jam 4:00 petang dan berakhir jam 6:30 petang ini mensasarkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Objektif utama advokasi adalah untuk memberi kesedaran di kalangan penunggang dan pembonceng motosikal mengenai kepentingan membudayakan pemakaian safety vest ketika menunggang motosikal terutama waktu malam.  Sebanyak 100 unit safety vest sumbangan syarikat Linde Malaysia Sdn Bhd telah diedarkan.  Selain itu, 30 topi keledar dewasa dan 5 topi keledar kanak-kanak telah diperuntukkan untuk pertukaran bagi topi keledar yang tidak memenuhi piawaian Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM).

OC 1 OC 2 OC 3 OC 4 OC 5 OC 6 OC 7 OC 8 OC 9

Topik Terhangat