logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

Klang, 02 Ogos 2016 (Selasa) - Pekerja merupakan aset bernilai bagi setiap syarikat atau agensi.  Justeru itu, kebajikannya perlu dijaga terutama sekali ketika menjalankan tugas.  Sehubungan dengan itu, syarikat Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) Klang mengambil pendekatan mengadakan Program Keselamatan Jalan Raya dengan mengundang Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor untuk memberi ceramah serta mengadakan pameran keselamatan jalan raya kepada warga kerjanya bertempat di Lot 130, Centralised Sewage Treatment FAcilities, South Klang Valley, Jalan Klang Banting, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan.

Tujuan utama program adalah untuk mewujudkan sikap positif serta peka terhadap penguatkuasaan undang-undang jalan raya dikalangan pekerja.

IWK 2 IWK 3 IWK 4 IWK 5
Ceramah keselamatan jalan raya yang disampaikan oleh Puan Wan Zaleha binti Wan Daud.


IWK 6 IWK 7
Pameran keselamatan jalan raya.


IWK 8 IWK 9 IWK 10

Topik Terhangat