logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor telah memenuhi jemputan mengadakan pameran keselamatan jalan raya daripada GD Express sempena "Kejohanan Keselamatan Jalan Raya" Peringkat GD Express Kali Ke-3 bertempat di Pejabat Urusan, Ibu Pejabat GD Express, Petaling Jaya.  Program bermula seawal jam 8:00 pagi dengan proses pendaftaran.  Seterusnya,  Ucapan Aluan oleh Encik Teong Tech Lean, Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GD Express.  Seterusnya, Ucapan Perasmian oleh Dr. Low Suet Fin, Pengarah Road User Behavioural Change Research Centre mewakili Prof. Dr. Wong Shaw Voon, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sekaligus menyempurnakan gimmick pelancaran.

Aktiviti seterusnya ialah pelepasan konvoi yang turut disertai oleh para jemputan ke sekitar bandar Petaling Jaya.  Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya serta Petrosains turut mengadakan pameran.

GDex 1 GDex 2
Ucapan Aluan oleh Encik Teong Tech Lean, Pengarah Urusan/ CEO GD Express

GDex 3 GDex 4
Gimmick pelancaran

GDex 5
Penyampaian Sijil Penghargaan

GDex 6 GDex 7 GDex 8GDex 9 
Pelepasan konvoi mengelilingi bandar Petaling Jaya

GDex 10 GDex 12
Pameran keselamatan jalan raya

GDex 11
Kejohanan keselamatan jalan raya bermula

Topik Terhangat