logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor masih meneruskan kerjasama dengan pihak Shell Malaysia Trading Sdn Bhd melalui program "Shell Road Safety Movement" bertemakan #ShellSelamatSampai.  Kali ini, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor diberikan slot "Helmet Crasher" dalam program Road Safety Interactive - School Outreach bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Perdana.  Dalam slot tersebut, pegawai bertugas Mohd Nizamudin bin Mohd Sahli telah menunjukkan demonstrasi hentakan topi keledar.  pelajar boleh membuat perbandingan topi keledar yang selamat dengan topi keledar yang tidak selamat digunakan ketika menunggang motosikal.  Selain itu,  perkongsian tips keselamatan jalan raya kepada penunggang dan pembonceng motosikal turut diberikan.

SMKCP-SRSMSO 1
Salah satu permainan yang dianjurkan oleh Shell dalam program Shell Road Safety Movement

SMKCP-SRSMSO 2
Perkongsian pemandu Shell mengenai "blind spot area" 

SMKCP-SRSMSO 3 SMKCP-SRSMSO 4 SMKCP-SRSMSO 5 SMKCP-SRSMSO 6 SMKCP-SRSMSO 7
Demonstrasi hentakan topi keledar.

Topik Terhangat