Pihak SIRIM QAS International Sdn Bhd telah menyumbangkan 200 topi keledar sempena program tersebut. Sesi ceramah keselamatan jalan raya yang disampaikan oleh Encik Mohammad Fakhri bin Mansor, Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya kepada pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) pada jam 9:00 pagi. Acara seterusnya ialah Majlis Perasmian bermula jam 10:00 pagi bertempat di Dewan Utama Syarahan, Politeknik Sultan Idris Shah. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan do'a dan seterusnya ucapan aluan oleh Lt. Kol. Bersekutu (PA) Hajjah Norehan binti Md Shariff, Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah sebagai Tuan Rumah. Perasmian telah disempurnakan oleh Puan Khalidah binti Mustafa, Pengarah Urusan, SIRIM QAS International Sdn Bhd. Pelepasan konvoi kemerdekaan mengakhiri program.
Pendaftaran peserta
Ceramah "Keselamatan Jalan Raya" disampaikan oleh Encik Mohammad Fakhri bin Mansor, Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor
MAJLIS PERASMIAN "ADVOKASI KHAS KESELAMATAN JALAN RAYA"
Ketibaan tetamu kehormat
Ucapan Aluan oleh Lt. Kol. Bersekutu (PA) Hajjah Norehan binti Md Shariff, Pengarah, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sabak Bernam
Ucapan oleh Encik Mohammad Fakhri bin Mansor, Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor
Ucapan perasmian oleh Puan Khalidah binti Mustafa, Pengarah Urusan, SIRIM QAS International Sdn Bhd
Gimmick perasmian "pemakaian topi keledar"
Penyampaian cenderahati
Kejutan istimewa daripada Politeknik Sultan Idris Shah kepada Puan Khalidah binti Mustafa sempena persaraan beliau tidak lama lagi.
#sehatisejiwa #ilovejalurgemilang
Pelepasan konvoi kemerdekaan