logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

Jalinan kerjasama antara kerajaan dengan swasta amat penting dalam usaha memberi kesedaran keselamatan jalan raya.  Kali ini, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor diberi kepercayaan untuk bekerjasama dengan syarikat TCIM Sdn Bhd bagi menjayakan "Kempen Keselamatan Jalan Raya" anjuran syarikat tersebut bertempat di Lot 29, Jalan Delima 1/3, Subang Hi-Tech Industrial Park, 40000 Shah Alam.  Atur cara program bermula jam 8:30 pagi dan berakhir jam 12:30 petang.  Ucapan Encik Tan Keng Meng, CEO TCIM Sdn Bhd memulakan program.  Seterusnya, ceramah keselamatan jalan raya daripada Encik Mohammad Fakhri bin Mansor, Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor.  Aktiviti diteruskan dengan khidmat nasihat keselamatan motosikal, penyerahan vest keselamatan oleh TCIM Sdn Bhd, bacaan ikrar keselamatan jalan raya oleh warga TCIM Sdn Bhd serta advokasi.  Pameran keselamatan jalan raya turut diadakan sepanjang kempen berlangsung.

TCIM 3TCIM 4TCIM 5


Ceramah keselamatan jalan raya oleh Encik Mohammad Fakhri bin Mansor, Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor
TCIM 6TCIM 7TCIM 8TCIM 9TCIM 10


Penyerahan vest keselamatan daripada Pengurusan TCIM Sdn Bhd kepada warga kerjanya.
TCIM 11TCIM 12TCIM 13


Bacaan ikrar keselamatan jalan raya oleh warga TCIM Sdn Bhd
TCIM 14TCIM 15


Advokasi dan pameran keselamatan jalan raya
TCIM 1TCIM 2

Topik Terhangat