28 September 2016 (Rabu), Shah Alam - Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor telah memenuhi undangan mengadakan pameran dan menyampaikan ceramah #keselamatanjalanraya kepada warga kerja Vinda Group, SCA Hygiene Malaysia Sdn Bhd pada 28 September 2016 (Rabu) bertempat di Seksyen 23, Shah Alam. Ceramah dan pameran ini adalah sempena Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan syarikat tersebut. Terdapat juga agensi lain yang diundang untuk mengadakan pameran seperti AADK, MPC, PDRM dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Ceramah keselamatan jalan raya telah disampaikan oleh Mohd Nizamudin bin Mohd Sahli.