logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

06 Oktober 2016 (Khamis), Ulu Yam - Kebelakangan ini, isu keselamatan pejalan kaki terutama yang melibatkan murid sekolah hebat diperkatakan di media sama ada media cetak, elektronik dan juga sosial.  Pejalan kaki merupakan kumpulan ketiga terbesar terlibat dalam kemalangan jalan raya di negara ini khususnya negeri Selangor.  Isu ini juga merupakan salah satu agenda Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nation).

Justeru itu, atas rasa tanggungjawab Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor bersama Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor telah menganjurkan program "Perjalanan Selamat" tahun 2016 peringkat daerah Hulu Selangor pada 06 Oktober 2016 (Khamis) bertempat di Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Bharu.

Program bermula jam 7:30 pagi dengan aktiviti senamrobik yang dipimpin oleh saudara Amir Azlan bin Mustapa Nor (Pelatih Industri) serta 2 rakannya.  Selepas senamrobik, taklimat ringkas keselamatan daripada Puan Wan Zaleha binti Wan Daud sebelum murid tahun 5 dan 6 berjalan sejauh 2 km.  Sepanjang aktiviti berjalan, murid memegang sepanduk keselamatan jalan raya serta edar risalah keselamatan jalan raya kepada pengguna jalan raya lain yang mereka jumpai sepanjang berjalan.

SKUYB 4SKUYB 5SKUYB 6SKUYB 7SKUYB 8SKUYB 9SKUYB 10SKUYB 11SKUYB 12SKUYB 13SKUYB 14SKUYB 15SKUYB 16SKUYB 17SKUYB 18SKUYB 19SKUYB 20SKUYB 21SKUYB 22SKUYB 23


Selepas berjalan, mereka diberikan roti sumbangan The Italian Baker Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai "Massimo" dan air.  Seterusnya, acara Cabutan Bertuah diadakan kepada murid sekolah.

SKUYB 25SKUYB 26SKUYB 27SKUYB 28SKUYB 29


Pameran dan kuiz keselamatan jalan raya.  Turut sertai pameran ialah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Selangor.

SKUYB pameran 1SKUYB 30SKUYB 31SKUYB 32SKUYB 33


Selepas itu, murid dikehendaki mendengar ceramah keselamatan jalan raya yang disampaikan oleh Cik Nurdiana binti Hashim bertempat di Dewan Sementara sekolah tersebut.

SKUYB ceramah 1SKUYB ceramah 2SKUYB ceramah 3SKUYB ceramah 4SKUYB ceramah 5


Selesai ceramah, upacara perasmian sebagai acara terakhir yang disempurnakan oleh YBhg Datuk Roslan bin Eusoff, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia.  Upacara dimulai dengan ucapan aluan oleh Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Bharu.  Seterusnya ucapan perasmian oleh YBhg Datuk Roslan bin Eusoff.  Diiukuti dengan penyerahan topi keledar dan vest keselamatan kanak-kanak untuk tujuan Kelab Keselamatan Jalan Raya (KKJR) sekolah sebelum diakhiri dengan penyerahan sijil dan cenderahati.

SKUYB gimmick 1SKUYB gimmick 2SKUYB ikrar 1SKUYB ikrar 2SKUYB lucky draw 1SKUYB lucky draw 2SKUYB ucapan GBSKUYB ucapan perasmian oleh TKP 1SKUYB ucapan perasmian oleh TKP 2SKUYB warna 1SKUYB warna 2SKUYB 34SKUYB 35SKUYB 36


Diharap, program yang telah dilaksanakan akan mencapai matlamat utama iaitu memberi kesedaran tentang keselamatan jalan raya.

Topik Terhangat