logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

Bercakap tentang "keselamatan jalan raya", ia merupakan topik umum serta semua pihak memainkan peranan yang sama penting dalam memberi kesedaran.  Seperti yang dimaklumkan sebelum ini,  pihak Linde Malaysia Sdn Bhd telah mengundang Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor untuk mengadakan satu program keselamatan jalan raya kepada anak-anak Pemandu Lori Linde.  Program Deliver Team Day 2016 ini telah berlangsung di Stadium Panasonic, Shah Alam bermula jam 7:30 pagi lagi.

Tepat jam 9:30 pagi, slot bersama anak-anak pun bermula.  Antara pengisian aktiviti keselamatan jalan raya yang dilakukan kepada anak-anak Pemandu Lori Linde ini ialah taklimat atau penerangan ringkas tentang keselamatan pejalan kaki, penunggang basikal, penunggang dan pembonceng motosikal, penumpang kenderaan dengan menggunakan modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) sedia ada.


LDTD 1LDTD 2LDTD 3LDTD 4LDTD 5LDTD 6LDTD 7LDTD 8LDTD 9

Topik Terhangat