logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

12 Oktober 2016 (Rabu), Cheras - Konsep "beriadah sambil sebar maklumat" amat bersesuaian dengan program kali ini yang dikenali sebagai "Jom Selamat" 2016 anjuran Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor bersama Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor bertempat di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn, Cheras pada 12 Oktober 2016 (Rabu).  Objektif utama program adalah memberikan kesedaran tentang keselamatan jalan raya kepada murid sekolah dan juga pengguna jalan raya lain.

Acara memanaskan badan merupakan pemula program sebelum murid sekolah berjalan sejauh 2 kilometer (pergi dan balik) sambil memegang sepanduk dan edar risalah keselamatan jalan raya kepada pengguna jalan raya.
SKBTHO senam 2SKBTHO jalan 1SKBTHO jalan 2SKBTHO jalan 3

Sepanjang perjalanan, murid didedahkan dengan risiko yang bakal dihadapi oleh golongan "pejalan kaki".


Pameran keselamatan jalan raya
SKBTHO pameran 1SKBTHO pameran 2


Selepas jalan, pertandingan berbasikal paling lambat dijalankan.  Tiga (3) pemengan telah dipilih.
SKBTHO basikal 1SKBTHO basikal 2


Sementara pertandingan berbasikal paling lambat berlangsung, pertandingan mewarna turut dijalankan bagi murid Tahun 4.  Tiga (3) pemenang telah dipilih.
SKBTHO warna 1SKBTHO warna 2SKBTHO warna 3


Acara diteruskan dengan ceramah keselamatan jalan raya yang disampaikan oleh Mohd Nizamudin bin Mohd Sahli.  Sambil ceramah, kuiz turut diadakan bagi memeriahkan suasana.
SKBTHO ceramah 1SKBTHO ceramah 2SKBTHO ceramah 3

Turut diselitkan acara bersama kartunis Gayour.
SKBTHO kartunis 1


Acara seterusnya ialah perasmian Galeri Kelab Keselamatan Jalan Raya Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Roslan bin Eusoff, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia.
SKBTHO galeri PKJR 1SKBTHO galeri PKJR 3SKBTHO galeri PKJR 5SKBTHO galeri PKJR 4SKBTHO galeri PKJR 6SKBTHO galeri PKJR 2


PERASMIAN PROGRAM "JOM SELAMAT" 2016

Bacaan "Ikrar Keselamatan Jalan Raya" yang dipimpin oleh Ahli Kelab Keselamatan Jalan Raya.
SKBTHO ikrar 1SKBTHO ikrar 2SKBTHO ikrar 3

Ucapan aluan daripada Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn.
SKBTHO ucapan GBSKBTHO

Ucapan perasmian program "Jom Selamat" 2016 oleh YBhg. Datuk Roslan bin Eusoff, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia.
SKBTHO ucapan perasmian TKP

Sebagai gimmick pelancaran, YBhg. Datuk Roslan bin Eusoff, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia menyerahkan safety vest dan topi keledar kepada ahli Kelab Keselamatan Jalan Raya Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn untuk kegunaan kelab.
SKBTHO gimmick 1

Penyerahan cek sumbangan bernilai RM1,000.00 kepada Kelab Keselamatan Jalan Raya sekolah sempena kejohanan dalam Anugerah Kelab Keselamatan Jalan Raya Paling Aktif Peringkat Negeri Selangor Tahun 2015.
SKBTHO cek 1

Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan berbasikal lambat, mewarna dan cabutan bertuah.
SKBTHO hadiah 1SKBTHO lucky draw 1

Penyerahan sumbangan kepada jemputan serta pempamer sebagai tanda penghargaan.
SKBTHO penghargaan 1SKBTHO rasmi 1SKBTHO penutup

Topik Terhangat