23 Disember 2016 (Jumaat), Shah Alam - Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Ibu Pejabat) bersama Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor telah melaksanakan Advokasi Khas Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Hari Natal dan Cuti Persekolahan 2016 pada 23 Disember 2016 (Jumaat) bertempat di Plaza Tol Batu 3, Lebuhraya Persekutuan (arah Kuala Lumpur).  Turut terlibat dalam advokasi ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor, PLUS Malaysia Berhad, Ahli MKJR Negeri Selangor, Linde Malaysia Sdn Bhd serta sukarelawan.  Selain itu, pihak media juga turut hadir memberikan liputan sekitar advokasi berlangsung.

Advokasi dimulakan dengan aktiviti pertukaran topi keledar, penampalan VEM pada belakang motosikal serta khidmat nasihat keselamatan kepada penunggang serta pembonceng motosikal.

PLUS23 1PLUS23 2PLUS23 3


Seterusnya, aktiviti edaran risalah keselamatan dan pemberian goodies bag di lorong motosikal.

PLUS23 5PLUS23 6


Sebagai penutup, pihak media menemuramah YBhg. Datuk Roslan bin Eusoff, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia.

PLUS23 4
FaLang translation system by Faboba