logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

26 Januari 2017 (Khamis), Cheras:  Bertemakan "Pandu Cermat, Selamat Sampai",  Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2017 Peringkat Negeri Selangor baru sahaja dilancarkan oleh YBhg. Dato' Mazalan bin Md Noor, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pengurusan) merangkap Timbalan Pengerusi, Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor pada jam 10:45 pagi bertempat di Plaza Tol Batu 11, Lebuhraya Cheras-Kajang (arah Kuala Lumpur).  

Kempen tersebut telah dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor dengan bantuan, sokongan serta kerjasama pelbagai agensi lain seperti Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, Pejabat Daerah dan Tanah Klang, Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, Grand Saga Sdn. Bhd., Lembaga Lebuhraya Malaysia, Linde Malaysia Sdn. Bhd., Tesco Store (Malaysia) Sdn. Bhd., Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON) serta Institut Automobil Malaysia (MAI).  Turun hadir memenuhi undangan ialah YBhg. Datuk Roslan bin Eusoff, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia serta pemimpin masyarakat setempat daerah Hulu Langat.  Dianggarkan seramai 160 jemputan telah hadir memeriahkan majlis.

Program telah bermula jam 9:00 pagi dan berakhir jam 11:30 pagi.  Sebanyak 50 topi keledar dewasa serta 15 topi keledar kanak-kanak telah disediakan untuk tujuan pertukaran bagi penunggang yang tidak memakai topi keledar atau memakai topi keledar yang tidak memenuhi piawaian Malaysian Standard oleh SIRIM.  Selain itu, sebanyak 800 goodies telah diedar kepada pengguna jalan raya yang mahu pulang ke kampung halaman untuk menyambut Tahun Baru Cina.

Gambar aktiviti sepanjang program berlangsung adalah seperti berikut:

TBC2017 Pendaftaran
Ketibaan petugas dan jemputan.  Seterusnya pendaftaran kehadiran.

TBC2017 Ketibaan TKP
Ketibaan YBhg. Datuk Roslan bin Eusoff, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia yang disambut oleh Encik Mohammad Fakhri bin Mansor, Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor merangkap Setiausaha, Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor.

TBC2017 TKP TSUK Ahli MKJRS
Ketibaan YBhg. Dato' Mazalan bin Md Noor, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor merangkap Timbalan Pengerusi, Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor yang disambut oleh YBhg. Datuk Roslan bin Eusoff, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia serta Ahli Mesyuarat, Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor yang lain.

TBC2017 VVIP di PEntas Utama
Jemputan VVIP di atas pentas utama.

TBC2017 Taklimat keselamatan
Taklimat keselamatan yang disampaikan oleh Encik Mohammad Fakhri bin Mansor, Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor merangkap Setiausaha, Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor.

TBC2017 Jemputan 1TBC2017 Jemputan 2
Para jemputan yang hadir memberikan sokongan.

TBC2017 Penyerahan Sijil Penghargaan kepada Rakan Strategik
Penyerahan Sijil Penghargaan kepada Rakan Strategik iaitu LInde Malaysia Sdn. Bhd., Tesco Store (Malaysia) Sdn. Bhd. serta Grand Saga Sdn. Bhd. selaku Tuan Rumah

TBC2017 Taklimat MAITBC2017 Taklimat MAI 2
Taklimat "Asas Pemeriksaan Kenderaan" sebelum memulakan kenderaan yang disampaikan oleh wakil Institut Automotif Malaysia (MAI).

TBC2017 Tarian Singa
Tarian Singa di Plaza Tol.

TBC2017 Penyerahan goodies di lorong tolTBC2017 Penyerahan limau
Aktiviti edar risalah keselamatan jalan raya serta penyerahan goodies kepada pengguna jalan raya yang pulang ke kampung.

TBC2017 Pertukaran helmet
Aktiviti pertukaran topi keledar kepada penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar atau yang memakai topi keledar yang tidak memenuhi piawaian Malaysian Standard oleh SIRIM.  Turut diadakan ialah pemberian jaket keselamatan (safety vest) sebanyak 30 sumbangan Linde Malaysia Sdn. Bhd. kepada penunggang yang memerlukan.

TBC2017 VEM
Aktiviti menampal Vesibility Enhancement Material (VEM) pada belakang motosikal.  Bahan reflector ini dapat membantu penunggang motosikal dilihat terutama pada waktu malam sekiranya lampu belakang tidak berfungsi.

TBC2017 Sidang MediaTBC2017 Sidang Media 2
Acara akhir ialah Sidang Media sebelum penutup program.  Rakan media yang hadir ialah Sin Chew Daily, NTV7, Harian Metro, China Press, TV Selangor serta NSTP.

Topik Terhangat