logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

23 Februari 2017 (Khamis), Klang:  Menurut statistik, penunggang dan pembonceng motosikal adalah kategori pengguna jalan raya yang paling tinggi menyumbang kepada kemalangan dan juga kematian.  Atas faktor tersebut, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor dengan bantuan empat (4) anggota Trafik daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam telah menjalankan advokasi keselamatan penunggang dan pembonceng motosikal bertempat di lorong motosikal Plaza Tol Sungai Rasau, Lebuhraya Persekutuan (arah Kuala Lumpur).  Advokasi telah bermula jam 6:30 petang dan berakhir jam 10:00 malam.  Turut menyertai advokasi tersebut ialah ahli Majlis Keselamatan Jalan Raya Daerah Klang.  Antara aktiviti yang dijalankan ialah penukaran topi keledar yang tidak mengikut piawaian SIRIM, pemberian safety vest kepada penunggang motosikal yang berpakaian gelap serta menampal Visible Enhancement Material (VEM) pada belakang motosikal.
ASR 1ASR 2ASR 3ASR 4ASR 5ASR 6ASR 7ASR 8ASR 9ASR 10ASR 11ASR 12972336 10210367131108989 927261343888949854 n

Topik Terhangat