logo text

Bahasa Lain

aren

Log Masuk

Log Masuk

23 Mac 2017 (Khamis), Klang - Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama.  Pelbagai pihak perlu bekerjasama dalam menjalankan kempen keselamatan jalan raya bagi meningkatkan kesedaran dikalangan pengguna jalan raya.  Justeru itu, pihak Allianz4Good Allianz Malaysia Berhad telah mengambil inisiatif mengadakan kempen keselamatan jalan raya sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka bersama Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor dengan bantuan anggota Trafik daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan.

Kempen telah diadakan pada 23 Mac 2017 (Khamis) bertempat di Jalan Langat (arah Klang) berhadapan AEON Jaya Jusco Bukit Tinggi, Klang.  Dengan kekuatan sumber manusia seramai 10 anggota Trafik, 4 petugas Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor serta 10 sukarelawan Allianz4Good, pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ialah:

(1)  Advokasi keselamatan jalan raya kepada penunggang dan pembonceng motosikal dengan menampalkan pelekat Visibility Enhanchement Material (VEM) sebanyak 300 unit di belakang motosikal serta pertukaran topi keledar sebanyak 18 unit yang tidak memenuhi piawaian SIRIM;
(2)  Pemberian wind breaker sebanyak 30 unit oleh Allianz Malaysia Berhad kepada penunggang dan pembonceng motosikal; dan
(3)  Pemberian child booster car seat sebanyak 24 unit, safety hammer sebanyak 30 unit dan shoulder pad sebanyak 30 unit oleh Allianz Malaysia Berhad.

Pada kempen tersebut, Trafik juga ada mengeluarkan saman sebanyak 35 bagi pelbagai kesalahan.

AJ 1AJ 2AJ 3AJ 4AJ 5AJ 6AJ 6AJ 7AJ 8AJ 9AJ 10AJ 11

Topik Terhangat