Acara memanaskan badan merupakan pemula program sebelum murid sekolah berjalan sejauh 2 kilometer (pergi dan balik) sambil memegang sepanduk dan edar risalah keselamatan jalan raya kepada pengguna jalan raya.




Sepanjang perjalanan, murid didedahkan dengan risiko yang bakal dihadapi oleh golongan "pejalan kaki".
Pameran keselamatan jalan raya


Selepas jalan, pertandingan berbasikal paling lambat dijalankan. Tiga (3) pemengan telah dipilih.


Sementara pertandingan berbasikal paling lambat berlangsung, pertandingan mewarna turut dijalankan bagi murid Tahun 4. Tiga (3) pemenang telah dipilih.



Acara diteruskan dengan ceramah keselamatan jalan raya yang disampaikan oleh Mohd Nizamudin bin Mohd Sahli. Sambil ceramah, kuiz turut diadakan bagi memeriahkan suasana.



Turut diselitkan acara bersama kartunis Gayour.

Acara seterusnya ialah perasmian Galeri Kelab Keselamatan Jalan Raya Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Roslan bin Eusoff, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia.






PERASMIAN PROGRAM "JOM SELAMAT" 2016
Bacaan "Ikrar Keselamatan Jalan Raya" yang dipimpin oleh Ahli Kelab Keselamatan Jalan Raya.



Ucapan aluan daripada Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn.

Ucapan perasmian program "Jom Selamat" 2016 oleh YBhg. Datuk Roslan bin Eusoff, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia.

Sebagai gimmick pelancaran, YBhg. Datuk Roslan bin Eusoff, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia menyerahkan safety vest dan topi keledar kepada ahli Kelab Keselamatan Jalan Raya Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn untuk kegunaan kelab.

Penyerahan cek sumbangan bernilai RM1,000.00 kepada Kelab Keselamatan Jalan Raya sekolah sempena kejohanan dalam Anugerah Kelab Keselamatan Jalan Raya Paling Aktif Peringkat Negeri Selangor Tahun 2015.

Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan berbasikal lambat, mewarna dan cabutan bertuah.


Penyerahan sumbangan kepada jemputan serta pempamer sebagai tanda penghargaan.


