logo text
Log Masuk

Log Masuk

IMG 20170221 WA0018IMG 20170221 WA0015IMG 20170221 WA0014
“Select the Suitable and Right Helmet” yang dihasilkan oleh MIROS telah memenangi anugerah khas (Filem Terbaik) bagi kategori “Make Motorcycle Riding Safer” di Global Road Safety Film Festival yang telah diadakan di Palais Des Nations Geneva pada 20 dan 21 Februari 2017.

Malaysia telah diwakili oleh Yang Berhormat Datuk Ab Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia sebagai penerima anugerah yang mewakili Malaysia ke Festival Filem tersebut. Sebanyak 229 filem pendek berkenaan keselamatan jalan raya dari seluruh dunia telah bersaing bagi memenangi anugerah di pertandingan tersebut dan Malaysia telah berjaya menyerlah dengan kemenangan video pendek daripada MIROS yang dihasilkan bersama Kementerian Pendidikan (MOE) dan juga Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

Topik Terhangat