logo text
Log Masuk

Log Masuk

1.         Op Selamat 11/2017 yang telah diadakan bersempena dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri bermula pada 18 Jun 2017 dan telah berakhir pada 2 Julai 2017 bertujuan untuk melancarkan pergerakan lalu lintas, mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya kemalangan maut dan kes-kes pecah rumah di musim perayaan.

2.         Tumpuan diberikan kepada kesalahan-kesalahan yang menjurus ke arah kemalangan jalan raya seperti memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, potong queue’, memandu melebihi had laju dan tidak mematuhi lampu isyarat.

3.         Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Bukit Aman :

STATISTIK PERBANDINGAN KEMALANGAN, KEMALANGAN MAUT    DAN KEMATIAN OP SELAMAT 9/2016 DAN OP SELAMAT 11/2017

OP SELAMAT 9/2016     : 29/6/2016 – 13/7/2016

 OP SELAMAT 11/2017   : 18/6/2017 – 02/7/2017

PERKARA

OP SELAMAT 9/2016

OP SELAMAT 11/2017

PERBANDINGAN

BEZA

%

JUM. KEMALANGAN

20,982

22,402

1,420

7

JUM. KEMALANGAN MAUT

273

239

-34

-12

JUM. KEMATIAN

299

257

-42

-14



4.         Secara keseluruhannya, berlaku peningkatan statistik kemalangan jalan raya pada Op Selamat 11/2017 kali ini berbanding Op Selamat 9/2016 tahun lalu. Walau bagaimanapun, jumlah kemalangan maut dan kematian direkodkan menurun.

5.         Dalam tempoh Op Selamat 11/2017, sebanyak 22,402 kes kemalangan direkodkan berbanding 20,982 kes bagi tempoh sama semasa Hari Raya Aidilfitri tahun lalu, mencatatkan peningkatan sebanyak 1,420 kes dengan peratusan 7% di seluruh negara.

6.         Namun, kes kemalangan maut direkodkan menurun sebanyak 34 kes           (-12.0%), yang mana Op Selamat 11/2017 mencatat 239 kes berbanding Op Selamat 9/2016 sebanyak 273 kes. Manakala jumlah kematian juga menurun sebanyak 42 kes (-14.0%), yang mana pada Op Selamat 11/2017 mencatat sebanyak 257 kes berbanding 299 kes pada Op Selamat 9/2016.

7.         Faktor kemalangan maut :
7.1       Faktor terbabas sendiri dilihat sebagai punca utama kemalangan maut yang mana pada Op Selamat kali ini mencatat sebanyak 65 kes.
7.2       Faktor-faktor lain yang menjadi penyumbang utama kemalangan maut ialah masuk laluan bertentangan, cuba memotong kenderaan/ tukar lane, tidak perasan ada kenderaan lain, cuai keluar dan masuk simpang jalan, mengekor terlalu rapat, membuat pusingan “U”, melawan aliran trafik serta lain-lain punca.

8.         Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh JSPT juga, pengguna motosikal merupakan penyumbang utama kematian. Pengguna motosikal mencatat kematian sebanyak 170 kes diikuti pengguna motokar sebanyak 54 kematian, pejalan kaki sebanyak 17 kematian, pengguna lori sebanyak 5 kematian, pengguna basikal sebanyak 4 kematian, pengguna m/jip sebanyak 2 kematian, pengguna bas sebanyak 1 kematian dan lain-lain pengguna sebanyak 4 kematian.

STATISTIK PERBANDINGAN MENGIKUT KATEGORI JALAN

JENIS JALAN

JUMLAH KEMALANGAN

JUMLAH KEMALANGAN MAUT

JUMLAH KEMATIAN

OS 9/2016

OS 11/2017

OS 9/2016

OS 11/2017

OS 9/2016

OS 11/2017

LEBUHRAYA

2,315

2,480

36

31

38

33

PERSEKUTUAN

4,506

4,782

111

86

128

96

NEGERI

4,125

4,269

70

59

76

60

BANDARAN

8,726

9,230

33

37

33

39

LAIN-LAIN

1,310

1,641

23

26

24

29

JUMLAH

20,982

22,402

273

239

299

257


9.         Jaringan jalan raya di Malaysia sepanjang 252,998.84 km yang mencakupi jalan raya berstatus jalan bandaran, jalan persekutuan, lebuh raya telah menyebabkan pertambahan simpang-simpang, jalan susur, persimpangan bertingkat dan lorong-   lorong. Keadaan ini telah memungkinkan peningkatan kemalangan jalan raya pada musim perayaan. Jumlah kenderaan turut meningkat secara mendadak melebihi kemampuan yang boleh ditampung di jalan-jalan tersebut.

10.      Sepanjang Op Selamat 11/2017, sebanyak 6,309 operasi telah dijalankan dengan jumlah saman yang dikeluarkan sebanyak 277,832 (Saman Pol. 170A sebanyak 191,782 dan Saman Pol. 257 sebanyak 86,050).

11.       Statistik 6 Kesalahan Utama Sepanjang Op Selamat 11/2017


BIL

JENIS KESALAHAN

JUMLAH

1.

Memandu melebihi had laju

150,675

2.

Memandu di lorong kecemasan

873

3.

Memotong di garisan berkembar

875

4.

Memotong barisan ‘Q’

2,204

5.

Tidak mematuhi lampu isyarat

2,395

6.

Menggunakan alat komunikasi semasa memandu

2,020


12.      Laporan Tangkapan Op Bersepadu Bersama Agensi Penguatkuasa Sempena Op Selamat 11/2017 :

Sepanjang Op Selamat 11/2017 sebanyak 228 Ujian Saringan Air Kencing  telah dijalankan. Daripada jumlah tersebut, seramai 29 orang di dapati positif dadah terdiri daripada 3 orang pemandu bas, 8 orang pemandu lori, 10 orang pemandu m/kar, 3 orang kelindan lori dan 5 orang penunggang motosikal.

Pelaksanaan Program Keselamatan Jalan Raya oleh JKJR

13.      Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya dilaksanakan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) kepada semua pengguna jalan raya terutamanya para pengguna Lebuh-lebuh Raya, Jalan Bandaran dan Jalan Persekutuan yang akan pulang ke kampung halaman pada musim perayaan yang lalu.

14.      Advokasi Keselamatan Jalan Raya turut dilaksanakan yang memberi fokus kepada penunggang motosikal agar sentiasa menggunakan topi keledar/helmet keselamatan yang mematuhi piawaian SIRIM, menggunakan Vest Keselamatan Pantul Cahaya dan mengamalkan penunggangan yang berhemah di jalan raya.

15.      Pasukan Ibu Pejabat JKJR dan semua JKJR Negeri turut melaksanakan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya & OPS Bersepadu Bersempena Dengan Perayaan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kebangsaan  dan Negeri Tahun 2017 secara menyeluruh.

16.      Sebanyak 5 aktiviti utama dilaksanakan di peringkat negeri dengan penglibatan Pengerusi dan Ahli-Ahli Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) dan Setiausaha Kerajaan Negeri termasuk agensi kerajaan, syarikat swasta dan Badan-badan Bukan Kerajaan yang aktif dalam pelaksanaan Kempen dan Program Keselamatan Jalan Raya.

17.       PETRONAS melalui Program CoffeeBreak turut bekerjasama melaksanakan program kesedaran keselamatan jalan raya di Kawasan Rehat & Rawat (R&R) utama yang mana penglibatan JKJR adalah mengadakan program kesedaran dan advokasi di Stesen CoffeeBreak tersebut. Kakitangan PETRONAS CoffeeBreak telah mengedarkan minuman kopi dan snek percuma kepada pengguna lebuh raya tersebut ketika program ini dilaksanakan bagi menggalakkan pemandu berhenti berehat dan menyegarkan badan sebelum meneruskan perjalanan pulang ke kampung. Pihak St. John Ambulance Malaysia (SJAM) turut dijemput membuka stesen pemeriksaan kesihatan bagi membolehkan para pengguna lebuh raya tersebut memeriksa tahap kesihatan mereka sebelum meneruskan perjalanan. Program gabungan JKJR dan program CoffeeBreak telah diadakan di Kawasan-kawasan Rehat & Rawat (R&R) utama seperti berikut :

No

Negeri

Lokasi

Tarikh

Masa

1

Pahang

R&R Temerloh arah Timur

23 Jun (Jumaat)

5 ptg – 9 mlm (atau sehingga stok masih ada)

R&R Temerloh arah Barat

2 July (Ahad)

12 tgh – 4 ptg (atau sehingga stok masih ada)

2

Johor

R&R Pagoh arah Selatan

23 Jun (Jumaat)

5 ptg – 9 mlm (atau sehingga stok masih ada)

R&R Pagoh arah Utara

2 July (Ahad)

12 tgh – 4 ptg (atau sehingga stok masih ada)

3

Perak

R&R Gunung Semanggol arah Utara

23 Jun (Jumaat)

5 ptg – 9 mlm (atau sehingga stok masih ada)

R&R Gunung Semanggol arah Selatan

2 July (Ahad)

12 tgh – 4 ptg (atau sehingga stok masih ada)


Walau bagaimanapun, Program CoffeeBreak ini turut dilaksanakan di lebih 120 stesen PETRONAS di lebuh-lebuh raya pada tarikh-tarikh berikut :

1.       Kempen sebelum Hari Raya – 22 & 23 Jun 2017 (Khamis & Jumaat)

2.       Kempen selepas Hari Raya – 1 & 2 July 2017 (Sabtu & Ahad)

18.      Kempen Keselamatan “Wrap Bas” oleh GITI Tire (M) Sdn. Bhd. dengan kerjasama Pengangkutan Awam Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd (NadiPutra) yang telah dilancarkan semasa Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan pada 15 Jun 2017 di KL Sentral telah memaparkan mesej-mesej keselamatan jalan raya pada 6 buah bas Nadi Putra.

Topik Terhangat